Tok Wan nak berkongsi sedikit la tetang tips untuk menghadapi cuaca panas antaranya ialah:
- Banyakkan minum air kosong sekurang-kurannya 2.5 liter sehari tanpa mengira aktiviti yang dilakukan..Jangan tunggu sehingga rasa dahaga baru nak minum..
- Elakkan minum minuman yang mengandungi kafein, alcohol atau berkabonat..Sebaliknya digalakkan untuk meminum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang sewaktu berpeluh..
- Hadkan aktiviti luar, banyakkan berehat..Sebolehnya kekalkan diri supaya berada di dalam rumah, bangunan atau tempat berbumbung..
- Mandi dengan lebih kerap atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan badan..
- Pakai pakaiaan yang longgar, ringan dan dari jenis yang menyerap peluh (fabrik kapas)..Sewaktu berada di luar, gunakan payung atau pakai topi untuk mengelakkan diri daripada sinaran matahari..
Tok Wan harap tips tersebut sedikit sebanyak dapat membantu kalian untuk mengharungi hari-hari yang panas ini..
p/s: Iris tidak sihat, dia demam selesema
No comments:
Post a Comment