~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Sunday 30 December 2012

~bukit, gua dan gunung~


Sebaik sahaja bangun dari tidur, persoalan pertama yang bermain difikiran ini adalah tentang perbezaan antara  bukit, gua dan gunung..Mentang-mentang la semalam first time pergi caving..Mood excited terlebih tak hilang lagi, tu yang sampai terbawa-bawa hingga kehari ini..

Mereka yang menjadi mangsa Iris bagi menjawab persoalan pelik Iris ni tak lain tak bukan adik-adik Iris..Nasib mereka la dapat kakak pelik macam Iris..Pelik???..Hmm bukan pelik cuma banyak soal ja..Saja nak tengok tahap kefahaman mereka..Kadang-kadang mesej iklan di kaca tv pun boleh menjadi bahan untuk  disoal..

Berdasarkan perbincangan dan perdebatan kami pagi tadi, berikut yang dapat kami simpulkan:
  • Gua terbentuk akibat daripada hakisan air terhadap batu..
  • Bukit dan gunung terbentuk akibat pergerakan plat bumi..
  • Bukit berketinggian kurang daripada 2000m manakala gunung berketinggian lebih daripada 2000m
  • Gunung lebih curam daripada Bukit 
While we were dicussion and keep searching for the information, we found out this statement:

'Gua Tempurung is a massive cavern inside Gunung Tempurung standing at 497 metres high'

This statement make us wondering, does every mountain have a cavern???

Persoalan tersebut gagal kami rungkaikan..Kekal menjadi tanda tanya yang memeningkan kepala Iris..




~30 disember 19xx~

tarikh peristiwa: 30-12-1957
Kongress Kebudayaan Melayu pertama

tarikh peristiwa: 30-12-1859
pengurniaan surat keterangan memungut cukai di Ulu Pahang

tarikh peristiwa: 30-12-1993
kelahiran adik lelaki Iris

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara

Thursday 27 December 2012

~27 disember 19xx~

tarikh peristiwa: 27-12-1963
pembukaan rasmi Pelabuhan Selat Kelang Utara

tarikh peristiwa: 27-12-1969
Konvensyen Guru-Guru Asia yang pertama

tarikh peristiwa: 27-12-1981
arahan menggunakan nama Teluk Intan dikeluarkan

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara

spontaneous thursday #7


Supernatural is one of my favorite TV series..Iris memang mengikuti drama ni sejak dari season 1 lagi..Sekarang ni dah sampai season 8 dah..Walaupun cerita tahyul ni dah semakin mengarut dan dah tak se'best' season-season yang terdahulu, I had still watching it..

The main reason is because they got Dean Winchester in it..Sebagaimana korang, kaum adam suka sangat tengok perempuan yang cantik dan hot..Iris pun begitu juga..Pantang nampak lelaki yang hensem dan hot..Gatai menghela na..Astaghfirullahalazim..Jaga sikit pandangan tu..


Wednesday 26 December 2012

~26 disember 19xx~

tarikh peristiwa: 26-12-1905
undang-undang peraian Daerah Kerian dikuatkuasakan

tarikh peristiwa: 26-12-1970
YM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj disahkan sebagai setiausaha agong sekreteriat islam yang pertama

tarikh peristiwa: 26-12-1983
konvensyen Pembangunan Negeri Kedah (KPNK)

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara

wordless wednesday #9

Supernatural

Tuesday 25 December 2012

~25 disember 19xx~

tarikh peristiwa: 25-12-1964
Kerajaaan Kelantan luluskan Rang Undang-Undang Cukai ke atas jambatan

tarikh peristiwa: 25-12-1940
Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua

tarikh peristiwa: 25-12-1964
perlantikan speaker baru dewan rakyat

tarikh peristiwa: 25-12-1972
peristiwa malam natal

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara

~roadblocks~


Disember bukan sahaja merupakan musim buah-buahan tempatan dan tengkujuh malah turut menjadi musim giat pak polisi menjalankan aktiviti roadblocks..Semedang ja roadblocknya..Bak kata member Iris, nak cukupkan quota saman la tu..

This afternoon, I was riding my dad motorbike to Medan Gopeng..I was going there helping my sister to print out her homework..Cikgu zaman sekarang, kerja sekolah pun nak bertaip segala bagai..Mengalahkan assignment budak universiti..Zaman Iris dulu semua buat dengan tangan ja..

Sedang asyik berangan atas motor memikirkan juadah untuk di bawa ke hospital malam ni..Tiba-tiba Iris dikejutkan dengan kelibat pak polisi yang tiba-tiba muncul dari celah pokok..Terkejut beruk Iris dibuatnya..Iris tak boleh terkejut sikit mula la menggelabah..

'Arrgh sudah.. Ada roadblock ka kat depan?..Mati..Dah la sticker P tak lekat..Lesen entah ada ka tak dalam purse ni..Aigooo..Ottoke2x..' Monolog ku sendirian...

Dalam kekalutan yang sedang melanda, masa tu juga la kertas-kertas yang Iris bawa nak terkeluar dari raga motor..Damn betul la..So tanpa memberhentikan motor di tepi jalan..Iris cuba untuk mengawal situasi..Menyusun kembali kertas-kertas tersebut ke posisi yang sepatutnya..

Keadaan yang tidak fokus semasa menunggang, menyebabkan Iris terlanggar seketul batu..Iris hampir hilang kawalan dan nyaris terbabas ke dalam longkang di sebelah jalan..Seriyau dibuatnya..Iris park sebentar di tempat yang selamat..Ambik nafas..Periksa apa yang patut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan..

Pak polisi bertuah tu perasan tak agaknya..Hmm..Malu siot..Dah la polis muda..Hensem pula tu..Lantak la..Do I care..I don't know you and you don't even know me..Ada masalah besar yang perlu diselesaikan sedang menanti dihadapan..Need to be prepared for every possibilities ..

Sah memang ada roadblock kat Taman Song Choon..

'Ya Allah, bagi la aku lepas kali ini' Doaku..

Alhamdulillah..Lepas..Selamat pergi dan selamat pulang..

p/s: Patuhilah peraturan jalan raya..Pandu cermat, jiwa selamat..


~are they already extinct? (part1)~


It is actually about buah ciku..Seriously it is really hard to find them nowadays..Samada pokoknya mahupun buahnya..Kat pasar malam tak ada, on the way balik kampung pun tak ada juga..So this kind of situation makes me wonder are they already extinct or me myself yang tak pandai cari..

As I remember the last time I ate them is when I'm in matriculation level, somewhere in 2006 or 2007..But yang pastinya that time is on bulan ramadhan..I was on the way going back to home from Penang-Ipoh for hari raya celebration..

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 1/2 jam menjadi lebih panjang disebabkan oleh traffic jam..Standard la musim perayaan, semedang ja jalan jam..I loves to sleep when i'm travelling by bus..Tapi tidur-tidur ayam ja la..Asal celik ja mata tak juga sampai..Naik kebas buntut duduk lama sangat dalam bas..

Waktu berbuka puasa hampir tiba..Ramai dikalangan kami yang tak spare makanan untuk berbuka sebab masing-masing expect sempat berbuka di rumah..So pak cik bas kami ni berbaik hati untuk singgah sebentar di hentian rehat yang tak berapa nak famous ni..Dia bagi kami masa 15 minit untuk menyahut panggilan jamban dan mencari apa patut untuk dijadikan juadah berbuka..

Within that very limited time frame, I end up buying a big mineral water, twisties, gardenia's chocolate bun and buah ciku..Only that's all I managed to grab..Takut tertinggal bas punya pasal..15 minit pak cik bas kata, memang on time la Iris naik semula ke dalam bas..Padahal bas gerak lambat juga disebabkan masih ramai lagi budak-budak degil yang berkeliaran di sekitar hentian rehat..Hampeh..

So itulah kali terakhir Iris makan buah ciku..Tapi hari ini Iris bernasib baik sebab adik yang mak Iris ajar mengaji bawa buah ciku untuk kami sekeluarga..So lepas ni kalau anak cacing dalam perut ni mengidam nak buah ciku memang Iris akan target budak tu..Suruh dia pergi cari buah ciku untuk Iris..Hehe

p/s: Pernah makan tak buah keriang dan buah nam nam?


Saturday 22 December 2012

~sabtu yang.........~


Saturday is supposed to be a fun day eventhough you had been working on that day..The in-patient number usually should be less than ten, new admission should be less or none, lots of patient going to be discharged home and nil patient going for op or scope..But what happens today is vice versa..

Ada la tue yang tak mandi pagi..Tak sempat..Bangun lambat agaknya..Walaupun tak ada siapa yang nak mengaku tapi Iris tahu..And it is definitely not me..But..Actually..Standard la kalau kerja dengan 'Cik Ribut'..Keadaan yang aman damai pun boleh jadi haru biru...

Carry forward in-patient pun dah berapa..Belum sempat habis ambil report dah ada new patient yang admit..Patient yang nak pergi op dan scope pun bertimbun..Jumlah patient yang admit lebih kurang sama naik dengan jumlah patient yang bakal pulang ke rumah..Banyak tu yang kita ambil banyak tu juga yang kita pass untuk next shift...

Seriously..kesibukkan hari ini mengalahkan hari Isnin..Nak minum pun tak sempat inikan pula nak melawat encik toilet..Patients pun ramai yang misbehave..Riak wajah yang sepatutnya seceria encik smiley Saturday and Sunday dah jadi seketat-ketatnya..Blurr..Tension..Penat..Lapar..Tak ada siapa yang tahu..  

Balik kerja pun lewat kalau nak dibandingkan dengan hari-hari Sabtu yang lepas..Dah la hujan..Kelaparan pun dah tak terbendung..Sebelum sampai ke rumah, Iris singgah dulu di kedai runcit berhampiran..Membeli apa yang patut untuk dibuat alas perut..Sampai ja rumah..Dapur menjadi sasaran..

Moral of the story..Never expect things to be happen as it usually happen..We need to prepare ourselves for the unexpected too..Breakfast first before started working..

p/s: Dalam wad Iris ada Puan Tsunami, Cik Taufan dan Cik Ribut..Mereka inilah merupakan orang-orang penting yang banyak mendatangkan keuntungan kepada hospital..  






Friday 21 December 2012

~PMR 2003~

Adik-adik yang ambil result exam, akak juga yang sibuk-sibuk buat entry pasal ni..Bukan apa, excited terlebih..Adik Iris candidate PMR juga..Alhamdulillah, result dia cemerlang walaupun dia tak dapat straight A's..Iris tengok dia happy ja..Puas usaha gigihnya selama ni membuahkan hasil..

Iris candidate PMR 2003..Iris ambil result exam dengan ayah Iris..Awal Iris bangun pagi tu..Excited..Tak ada rasa risau pun..Sebab Iris yakin yang Iris dah berusaha segigihnya..Iris yakin yang result Iris tak da la seteruk mana nanti..No more childish act like before..

Dengan yakinnya gadis berbaju kurung merah dan bertudung putih itu melangkah ke kawasan perkarangan sekolah..Disapa dengan ucapan tahniah oleh rakan-rakannya yang lain..Seperti yang dijangkaan..Usaha gigihku membuahkan hasil..Ayah disebelah tersenyum bangga..

Kepada adik-adik yagnberjaya mendapat keputusan cemerlang, tahniah Iris ucapkan..Bagi yang kurang bernasib baik, jangan terlalu bersedih..It's not the end of the world..Never ever give up..Buat adik-adik yang merasakan dirinya gagal hari ini renung-renungkanlah..



sumber: fb


Thursday 20 December 2012

spontaneous thursday #6


Durian Crepe kian mendapat tempat dikalangan penduduk Malaysia..Ibarat satu fenomena..Malah ada yang menfaatkannya sebagai sumber pendapatan sampingan..Iris bukannya hendak berkongsi resepi..Iris yakin kalian boleh mendapatkan resepinya dengan mudah melalui encik google..Iris cuma ingin menyatakan pendapat Iris tentang makanan baru ini..

Sedap???Lazat???..Bagi Iris tidak..Kombinasi isi durian yang dilenyek bersama whipping cream merupakan kombinasi yang sangat memualkan..Seketul crepe pun Iris tak mampu habiskan..Bagi Iris, menikmati durian secara tradisional, samada makan begitu sahaja, roti bersama kuah durian, bubur kacang+durian atau pulut durian adalah lebih sedap dan menyelerakan..

p/s: i'm just wondering..who is the first inventor of this recipe??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...