~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Saturday, 23 June 2012

~nostalgia kartun zaman kanak-kanak (part 1)~

Masa zaman kanak-kanak dulu, hari Sabtu dan hari Ahad la yang paling Iris nanti-nantikan..Sebab apa???Dalam dua hari tue la rancangan kartun paling banyak disiarkan..Dari pagi sampai petang..Hari Sabtu dan Ahad memang confirm la Iris akan bangun awal, mandi cepat-cepat then terus terpacak depan tv..Yang paling Iris tak suka masa tue bila ada siaran langsung especially sukan, ayah Iris sure akan tukar channel tv..Bila Iris nak tukar balik kepada channel kartun sure kena mara..Teringat dialog yang ayah Iris selalu guna..
  • 'Kartun-kartun, bukannya ada faedah pun, cuba la tengok rancangan ni (sukan) ada la jugak faedahnya'
  • 'Kartun-kartun, bukannya nak baca buku time cuti-cuti ni, soalan pekse tak da ditanya pun pasal kartun tue'
Dah tak dapat tengok kartun, pergi la Iris dan adik-adik membawa hati yang frust ni main jauh-jauh..Hmmm..Dah terlampau panjang pula Iris melalut..Cukup-cukup..Okey la dalam entry kali ini Iris nak cerita tentang kartun jepun yang Iris layan masa zaman kanak-kanak dulu..Korang yang seangkatan usianya dengan Iris mesti pernah tengok punya, samada korang ingat atau tak ja..


SAILORMOON
.....dengan kuasa bulan akan menghukummu...
Kartun ini disiarkan di tv 2 before Dragon ball..Iris 'cop' Sailor Mars (yang warna merah tue)..Sampai sekarang Iris masih ingat lagi lagu tema kartun ini..Nak Iris nyanyi ka??Rasanya tak perlu la kot..Takut ribut petir melanda pula nanti
DRAGON BALL
...yang sebenarnya, dragon ball ada 7 biji semuanya...
Iris mengikuti kartun ni dari zaman Goku kecil sehingga la dia dah beranak pinak..Tak tahan tengok perangai 'Tok Penyu' yang gatal merenyam tue..
TOMATOMAN
Kartun yang comel..Tiap kali tengok tomato mesti akan teringat pada kartun ni..

DORAEMON
Sampai sekarang kartun ni masih lagi disiarkan di tv..Cuma sekarang ni Nobita dah tak pakai baju  kuning dia tue dah..

MASKMAN
Yang pink tue mesti la Iris punya hehe..Part yang Iris paling ingat dalam kartun ni ialah tentang cinta  terhalang antara maskman merah dengan adik penjahat..Kejam kot penjahat ni sampai bekukan adik dia dalam kiub ais..

KAMEN RIDER
Kamen Rider@Mask Rider...Kesan daripada kartun ni, motorsikal lagenda model apa tah..ala yang warna hijau tue lampu yang dia macam mata belalang tue..Iris gelar motor tue moto mask rider

FLASHMAN
Lebih kurang macam Maskman ja konsep dia cuma costum dan senjata ja yang lain cikit..

ULTRAMAN
Iris tengok sampai Ultraman Daya ja..Ultraman lepas tue Iris tengok gitu-gitu ja sebab tak berapa best..Ultraman yang paling hensem Iris rasa Ultraman Tiga

1 comment:

Nurmujahidah Ismail said...

wah,,, peminat setia katun,, muja tak berpluang tgk sailormoon sebab klate skolah hari ahad,,sedey amat sangat :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...