Masuk hari ini sudah genap dua bulan Iris bekerja..Iris ni boleh dikatakan seorang yang suka memerhati..Sepanjang tempoh dua bulan ni macam-macam jenis perangai dan feel manusia Iris dah lihat..Antaranya:
- Manusia lebih gemar menyalahkan sesama sendiri berbanding mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku..Yang paling sadis adalah apabila orang yang tidak bersalah dan boleh dikatakan tidak tahu langsung tentang permasalahan yang sedang berlaku itu turut dipersalahkan..Kecian2x..
- Manusia lebih gemar memperkatakan tentang keburukan orang lain berbanding membincangkan tentang isu-isu semasa yang sedang berlaku disekeliling kita..Aish..Nak tak nak terpaksa la dengar..Kalau tak ambil tau nanti dapat gelaran katak bawah tempurung..Sabar ja la..
- Orang bawahan tak reti-reti nak respect orang atasan..Apa ja yang orang atasan buat serba-serbi tak kena..Orang atasan kita pun manusia jugak..Tak da satu manusia pun yang sempurna di dunia ni..Kadang-kadang Iris kecian jugak dengan orang atasan yang diumpat dan dihentam cukup-cukup..Adalah lebih baik sekiranya rasa ketidakpuasan hati kita tue disalurkan melalui medium yang betul..
- Manusia ni pantang sungguh kalau ada manusia lain lebih sikit daripada mereka..Itupun nak dijadikan satu isu..Apa ka jadahnya...Tak habis-habis nak beriri hati..Sifat hasad dengki tue dah sebati dalam jiwa mereka agaknya..
- Manusia ni bila ada duit cikit mula la nak tunjuk lagak..Eksen bukan main..Status very important person (VIP) wajar ditukar kepada very irritating person (VIP)...Menguji kesabaran betul la..
Kalau nak diceritakan lagi sampai pagi esok pun belum tentu habis..Jadi cukup la sampai di sini sahaja..Apa yang baik kita jadikan tauladan dan apa buruk itu kita jadikan sempadan..Kepada rakan-rakan yang bercuti hari ini Iris ucapkan selamat bercuti dan bagi mereka yang bekerja selamat bekerja..Rakan-rakan yang terpaksa bekerja tue jangan sedih sangat boleh claim kan..At least gaji bulan ni dapat la lebih sikit..hehe
p/s: Iris kena kerja..korang pula macam mana?
No comments:
Post a Comment