~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Sunday 8 January 2012

~the only man~

Sekiranya anda merasa kesunyian maka ingatlah mungkin ada insan yang lebih kesunyian daripada anda.....


The Hamlet of Buford di Wyoming bukan hanya merupakan kawasan yang jarang penduduk malah merupakan satu-satunya kawasan yang berpenduduk tunggal. Sammons Don, 60 tahun merupakan penduduk tunggal di sini. Walaupun kawasan penempatan ini terletak 8000 kaki di atas sebuah pergunungan sejuk, Sammons yang mempunyai sebuah stesen minyak dan kedai serbaneka menafikan bahawa dia berasa kesunyian tinggal di sini. 


Pada tahun 1980 Sammons dan isteri telah meninggalkan Los Angelas dan membeli sebuah pekan kecil dengan 6 bangunan. Semasa mereka berpindah di sini, hanya terdapat 7 orang yang tinggal di Buford dan mereka bekerja untuk kawasan keretapi berhampiran. Namun begitu, sekitar pertengahan tahun 1990-an mereka semua telah berpindah ke bandar-bandar yang lebih besar. 



Sammons tinggal bersendirian setelah kematian isterinya 15 tahun yang lalu dan anaknya yang kini berusia 26 tahun berpindah ke Colorado 3 tahun lalu. Sammons menyatakan bahawa terdapat 1000 orang pelawat yang singgah di pekan terpencil ini setiap hari sepanjang musim panas. Namun begitu,bilangan pelawat yang singgah di sini turun sekitar 100 orang sehari menjelang musim sejuk. 



1 comment:

QasehSuci said...

Menarik...

Jom join segmen Qaseh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...