~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Tuesday, 1 January 2013

~are they already extinct? (part2)~

Sebelum ni, Iris telah berkongsi tentang teori Iris yang entah boleh diguna pakai atau tidak mengenai kepupusan buah ciku di sini..Dalam entry kali ini, Iris nak bercerita pula tentang dua jenis buah yang Iris anggap hampir pupus iaitu buah nam nam dan buah keriang..Most of my friends showed a kind of blury face when I asked them about these fruits..

BUAH NAM NAM

buah katak puru

Buah nam nam atau buah katak puru merupakan spesis tumbuhan yang unik kerana berbunga dan berbuah dibahagian batang pokok..Buah ini mempunyai kulit luaran yang kurang menarik dan menggerutu, berbiji leper, berasa masam kelat ketika muda dan rasanya berubah menjadi masam manis apabila masak..Buah yang dikatakan berasal dari Borneo ini, pokoknya masih lagi ditemui di Semenanjung Malaysia terutamanya di kawasan Utara dan Pantai Timur..

Iris mengenali buah ini disebabkan pokoknya ada tumbuh di halaman rumah datuk dan nenek Iris di Bota..Ada dua pokok kesemuanya..Sekarang hanya tinggal sebatang pokok sahaja yang masih produktif menghasilkan buah..Sudah menjadi kebiasaan bagi Iris untuk mengutip buah nam nam tatkala pulang ke kampung..Tetapi sebelum Iris dapat menikmati keenakan buah ini, Iris terpaksa berperang terlebih dahulu dengan sang kerengga yang merupakan penghuni tetap di sekitar kawasan pokok ini tumbuh..


BUAH KERIANG


Buah keriang pula memepunyai bentuk yang hampir sama dengan buah anggur..Pokoknya hanya berbuah sekali dalam setahun iaitu sekitar April hingga Mei..Buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan..Buah keriang mempunyai rasa sedikit kelat namun manis apabila benar-benar masak..

Diperkenalkan oleh bekas rakan sekerja Iris yang berasal dari Kemboja, Umi namanya..Pokoknya ada tumbuh berdekatan dengan kawasan rumah Iris..Agak tinggi juga la pokoknya..Umi panjat sendiri pokok tu..Kalau bukan kerana dia Iris sendiri pun tidak tahu tentang kewujudan buah ini..Kata Umi, sebelum dimakan, buah ini terlebih dahulu perlulah dicuci dan direndam di dalam air garam untuk menghilangkan rasa kelatnya..

p/s: apa kabar agaknya, Umi di Kemboja

sumber: 1, 2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...