Disember bukan sahaja merupakan musim buah-buahan tempatan dan tengkujuh malah turut menjadi musim giat pak polisi menjalankan aktiviti roadblocks..Semedang ja roadblocknya..Bak kata member Iris, nak cukupkan quota saman la tu..
This afternoon, I was riding my dad motorbike to Medan Gopeng..I was going there helping my sister to print out her homework..Cikgu zaman sekarang, kerja sekolah pun nak bertaip segala bagai..Mengalahkan assignment budak universiti..Zaman Iris dulu semua buat dengan tangan ja..
Sedang asyik berangan atas motor memikirkan juadah untuk di bawa ke hospital malam ni..Tiba-tiba Iris dikejutkan dengan kelibat pak polisi yang tiba-tiba muncul dari celah pokok..Terkejut beruk Iris dibuatnya..Iris tak boleh terkejut sikit mula la menggelabah..
'Arrgh sudah.. Ada roadblock ka kat depan?..Mati..Dah la sticker P tak lekat..Lesen entah ada ka tak dalam purse ni..Aigooo..Ottoke2x..' Monolog ku sendirian...
Dalam kekalutan yang sedang melanda, masa tu juga la kertas-kertas yang Iris bawa nak terkeluar dari raga motor..Damn betul la..So tanpa memberhentikan motor di tepi jalan..Iris cuba untuk mengawal situasi..Menyusun kembali kertas-kertas tersebut ke posisi yang sepatutnya..
Keadaan yang tidak fokus semasa menunggang, menyebabkan Iris terlanggar seketul batu..Iris hampir hilang kawalan dan nyaris terbabas ke dalam longkang di sebelah jalan..Seriyau dibuatnya..Iris park sebentar di tempat yang selamat..Ambik nafas..Periksa apa yang patut terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan..
Pak polisi bertuah tu perasan tak agaknya..Hmm..Malu siot..Dah la polis muda..Hensem pula tu..Lantak la..Do I care..I don't know you and you don't even know me..Ada masalah besar yang perlu diselesaikan sedang menanti dihadapan..Need to be prepared for every possibilities ..
Sah memang ada roadblock kat Taman Song Choon..
'Ya Allah, bagi la aku lepas kali ini' Doaku..
Alhamdulillah..Lepas..Selamat pergi dan selamat pulang..
p/s: Patuhilah peraturan jalan raya..Pandu cermat, jiwa selamat..
No comments:
Post a Comment