~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Monday 19 November 2012

~musim tengkujuh dan angin monsun timur laut~

Kain dijemuran tak kering-kering..Nak buat aktiviti luar, langit pula sentiasa mendung..Hendak menangkap ikan, laut pula bergelora..Sedang asyik menonton rancangan kegemaran, kilat pula berdentum dentam..Emak di dapur berlaung-laung suruh tutup tv..Takut disambar petir katanya..Usah dikeluhkan..Normal la tu..Lagipun sekarang musim tengkujuh..


Musim tengkujuh terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur, selatan Semenanjung, Sarawak dan bahagian timur Sabah biasanya dikaitkan dengan Monsun Timur Laut..If uolls still remember, I'd been mentioning a little bit about this term in my previous entry..Kalau korang ada terbaca la..Come, I'll tell more about it..

Monsun Timur Laut kebiasaannya berlaku pada awal November dan akan berterusan sehingga awal Mac..Monsun Timur Laut dicirikan oleh angin yang bertiup secara tetap dari arah timur laut di negara kita..Semasa tempoh tersebut, negeri-negeri yang telah Iris mentioned tadi, akan mengalami beberapa episod hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari..

Dalam kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh berlarutan selama tiga hingga lapan hari..Kesannnya, banjir mungkin akan berlaku di kawasan tersebut..But, don't worry guys, still got a few days of good weather within the episode of this heavy rain..Samada tiada hujan atau hujan yang turun adalah sedikit..Jadi, sempat la untuk sang matahari menyejat kembali segala jenis air yang ada di muka bumi ni..

p/s: bersahabat baiklah anda bersama sang payung..






 

2 comments:

mujagirl92 said...

tpi plik kan,, bahgian timur plak sekarang yang tak hujan,, aneh,,,

Unknown said...

tau xpe..kita yg kena tempiasnya..kuasa tuhan..Allah yg lebih mengetahui..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...