~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Tuesday 24 April 2012

~jangan merajuk sayang part 1~

Dah adat dalam perhubungan, baik pasangan yang sedang bercinta mahupun yang telah berumah tangga, sekejap ok sekejap tak ok..Sekejap bergaduh tak lama lepas tue berbaik semula..Dah elok berdamai tak lama lepas tue berperang balik..Benda yang sekecil zarah pun boleh jadi sebesar alam..huhu..Nak buat macam mana, kita lebih gemar mengikut kata hati daripada menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan sesuatu konflik..Kita lebih gemar merajuk daripada bertolak ansur untuk menzahirkan rasa protes terhadap perkara yang membuatkan kita berasa tidak puas hati...

Iris ni bukan la pakar sangat dalam bab-bab perhubungan ni..hehe..Sebelum Iris bersiap sedia untuk pergi bekerja tadi, sempat juga Iris berblog walking..Iris jumpa satu artikel tentang tanda-tanda lelaki merajuk pada blog yang Iris lawati tadi..Bukan perempuan ja tau merajuk, lelaki pun sama..Sebagaimana telah Iris katakan tadi merajuk merupakan tanda protes terhadap perkara yang membuatkan kita berasa tidak puas hati..Ada di antara tanda-tanda tersebut Iris pernah alami semasa Mr F merajuk dengan Iris..


Tanda-tanda lelaki merajuk:

  • Diam seribu bahasa
  • Buat tak tahu
  • Menolak untuk makan bersama
  • Masam muka
  • Baca surat khabar
  • Menonton televisyen hingga lewat malam
  • Keluar rumah tanpa beritahu
  • Matikan telefon bimbit
  • Hisap rokok
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website INI. Cara-cara untuk memujuk orang yang sedang merajuk akan Iris ceritakan dalam entry yang akan datang..tunggu....hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...