~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Friday, 30 December 2011

~nikmatnya mengorek lubang~


"sy mmg selalu sgt terlihat adegan korek mengorek ni.. x kira lelaki ataupun perempuan.. samada di trafik light mahupun di kaki lima... even time tgh bwa moto pun sblh tgn da kat dlm lubg hidung...ish2x... klau stakat korek skit2 tu boleh thn lg la, ni x, korek hidung tue dahsyat sgt...macam nak msukkan seluruh tgn dlm lubang hidung diorg ja... mmg xtau malu punya org.. geli sy tgk.. dh la xbasuh tgn lps korek, silap2 ada kot saki baki tahi hidung yg melekat kat jari jemari diorg..sggh menjijikkan..."


Kita seringkali terlihat seseorang sedang mengorek lubang hidung mereka..Sebahagian daripada mereka melakukan aktiviti ini secara rahsia manakala sebahagian yang lain tanpa segan silu melakukan aktiviti ini secara terbuka di khalayak ramai. Anda juga mungkin pernah ditangkap melakukan aktiviti ini..Aktiviti mengorek hidung merupakan satu aktiviti yang dipraktikkan secara universal oleh seluruh masyarakat di dunia. Namun begitu, tabiat ini amat menjijikkan dan sudah pasti tidak dapat diterima secara sosialnya..

Tabiat mengorek hidung dapat didefinisikan secara umumnya sebagai aktiviti memasukkan jari ataupun objek  lain ke dalam lubang hidung dengan niat untuk mengeluarkan sekrisi hidung yang telah kering (tahi hidung)..  Sesungguhnya, tabiat mengorek hidung ini dapat memberi kepuasan dan kenikmatan kepada pelakunya, terutama sekali apabila si pelaku terasa gatal di bahagian dalam lubang hidung mereka ataupun apabila si pelaku merasakan seperti ada sesuatu yang menganggu atau menghalang pernafasan mereka..

Satu kajian tentang tabiat mengorek hidung telah dijalankan dan diterbitkan pada Februari 1995 di dalam  Journal of Psychiatry. Berdasarkan kajian yang dijalankan:
  • 8.7% respondan menyatakan bahawa mereka tidak pernah mengorek hidung
  • 91% respondan menyatakan mereka pernah mengorek hidung dan masih mempraktikkan tabiat ini. 
  • 49.2% repondan berpendapat bahawa tabiat mengorek hidung adalah sesuatu yang normal dikalangan orang dewasa.
  • 25.6% respondan mngorek hidung mereka sehari sekali, 22.3% respondan melakukanya 2 hingga 5 kali sehari dan tiga orang respondan mengaku melakukanya sekurang-kurannya sejam sekali.
  • 55.5% respondan menghabiskan 1-5 minit, 23.5% respondan menghabiskan 5-15 minit dan 0.8% respondan menghabiskan 15-30 minit setiap hari untuk membersihkan lubang hidung mereka.
  • 82.8% respondan mengorek hidung untuk melapangkan saluran hidung, 66.4% respondan melakukannya untuk melegakan ketidakselesaan dan kegatalan, 35.7% respondan melakukannya untuk mengelakkan tahi hidung kelihatan tergantung pada lubang hidung mereka, 34.0% respondan melakukannya sebagai salah satu rutin penjagaan diri, dan 17.2% respondan menyatakan bahawa aktiviti ini telah menjadi kebiasaan (habit). 2.1% respondan melakukannya untuk keseronokan.
  • 65.1% respondan menggunakan jari telunjuk, 20.2% respondan menggunakan jari kelingking, dan 16.4% respondan menggunakan ibu jari untuk mengorek hidung.
  • 90.3% respondan membuang tahi hidung mereka pada tisu atau sapu tangan, 28.6 respondan membuang tahi hidung mereka di lantai,manakala 7.6% respondan membuang tahi hidung mereka pada celah-celah perabot.
  • 8% respondan mengaku telah memakan tahi hidung mereka. Kajian menyatakan bahawa tahi hidung berasa masin.

Berdasarkan kajian tersebut telah terbukti bahawa tabiat mengorek hidung merupakan satu kebiasaan dikalangan masyarakat seluruh dunia. Namun begitu,tabiat mengorek hidung di khalayak ramai masih merupakan tabiat yang tidak enak dipandang dan menjijikkan.Oleh itu, lakukanlah aktiviti ini secara tersorok.

sumber: useless information

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...