~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Wednesday 28 December 2011

~7-eleven~



7-Eleven merupakan rangkaian antarabangsa kedai serbaneka yg beroperasi di bawah Seven & I Holding CO, Jepun. 7-Eleven telah ditubuhkan oleh J.C Thompson pada tahun 1927 sebagai the Southland Ice Company di Dallas, Texas. Bermula sebagai vendor ice, syarikat ini mula menjual susu, roti dan telur pada hari Ahad dan waktu petang apabila kedai runcit lain telah tutup. Pada tahun 1999, nama korporat syarikat ini telah ditukar kepada 7-Eleven besempena waktu perniagaannya yg bermula dari jam 7 pagi hingga jam 11 malam dan dibuka 7 hari seminggu. 7-Eleven mula dibuka 24 jam pada tahun 1962 bermula di Austin, Texas. Sejak Mac 2007, 7-Eleven mempunyai rangkaian perniagaan franchise yg terbesar di dunia mengalahkan pemegang rekod terdahulu iaitu McDonald. 7-Eleven turut mempunyai produk di bawah label sendiri iaitu Slurpee, minuman separuh beku yg diperkenalkan pada tahun 1967 dan the Big Gulp yg diperkenalkan pada tahun 1980. Minuman-minuman ini diletakkan di dalam cawan minuman kertas keras yg terdapat dalam tiga saiz dengan harga yg berlainan. Kedai 7-Eleven yg pertama di buka di Malaysia adalah pada Oktober 1984 di Jalan Bukit Bintang, K.L.

caution!!! this drink might cause brain freeze..huhu

hmm...cuaca panas ni dpt minum slurpee best jgak ni ..hehehe

sumber: http://www.7eleven.com.my






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...