~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~

Tuesday, 20 November 2012

~20 november 19xx~

tarikh peristiwa: 20-11-1745
Kota Belanda di Pulau Pangkor dibina semula

tarikh peristiwa: 20-11-1984
pembukaan rasmi markas panglima armada TLDM

tarikh peristiwa: 20-11-1985
Malaysia telah menandatangani memorandum kerjasam dalam bidang sains dan teknologi dengan Australia dan Korea Selatan

tarikh peristiwa: 20-11-1983
Berita Harian lancarkan Zamalah Sastera

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara

~UPSR 2000~

Result UPSR dah keluar kan semalam..Tahniah Iris ucapkan kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan cemerlang..Bagi yang kurang bernasib baik tu, jangan terlalu bersedih..It's not the end of the world..Take it positively..And the most important thing is..Never ever give up in order to improve your weaknesses..Try harder in the future..


So in this entry, I wanna share with all you on my experience when the UPSR result was announced..Usually, people will cry after knowing their own result especially when their result is bad..But in my case, it is vice versa..I was crying like hell before knowing it..The thing is, I can't handle the stress..It's really stressful thinking about all of the possibilities especially the bad one..It's scared me to death..

I was living in the hostel since I'm in standard 5 (projek khas under kementerian pelajaran negeri untuk budak-budak lompat macam Iris)..Around 10 am, result dah dipaparkan di papan kenyataan sekolah..While other students were excited berebut-rebut nak tau result masing-masing, my bff and I quietly sneak out to  our hostel, lying in our bed, crying for hours..

Around 1 pm, one of my roommate came in..Dia pelik tengok my bff and I menangis..Dia tanya kenapa menangis, dah tengok result ka belum..Kami cakap la belum..Dengan tersengih-sengih roomate Iris suruh kami berdua pergi tengok result dulu..Dengan hati yang berat dan mata yang bengkak pergilah kami berdua menurut perintah..

Keadaan sunyi sepi di papan kenyataan..Lengang..Murid lain semua dah tengok result masing-masing tinggal kami ja yang belum..Dengan khusyuknya kami cari nama kami dalam senarai yang dipaparkan..Jumpa nama tengok result..Kami terkedu berpandangan sesama sendiri..What a fool..Result kami berdua tak teruk pun..Buang air matanya ja..

Dengan hati yang girang, I searched for a public phone nearby..Calling my mom to let her know..Dalam hati rasa lega sangat-sangat because with this result my parent won't scold me...Berapa A's Iris dapat?? Guess it..I know you already known the answer..

p/s: gambar adik comel di atas adalah ehsan daripada En.Google

~19 november 19xx~

tarikh peristiwa: 19-11-1988
Jalan Bandar ditukar nama kepada Jalan H.S Lee

tarikh peristiwa: 19-11-1973
mesyuarat pertama Lembaga Pertubuhan Peladang dan Majlis Penasihat Peladang

tarikh peristiwa: 19-11-1983
siadang perundingan antara malaysia dan papua New Guinea sempena lawatan perdana menteri Papua New Guinea ke Malaysia

tarikh peristiwa: 19-11-1952
pengumuman penubuhan Maktab Perguruan Kota Bharu

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara



Monday, 19 November 2012

~musim tengkujuh dan angin monsun timur laut~

Kain dijemuran tak kering-kering..Nak buat aktiviti luar, langit pula sentiasa mendung..Hendak menangkap ikan, laut pula bergelora..Sedang asyik menonton rancangan kegemaran, kilat pula berdentum dentam..Emak di dapur berlaung-laung suruh tutup tv..Takut disambar petir katanya..Usah dikeluhkan..Normal la tu..Lagipun sekarang musim tengkujuh..


Musim tengkujuh terutamanya bagi negeri-negeri di pantai timur, selatan Semenanjung, Sarawak dan bahagian timur Sabah biasanya dikaitkan dengan Monsun Timur Laut..If uolls still remember, I'd been mentioning a little bit about this term in my previous entry..Kalau korang ada terbaca la..Come, I'll tell more about it..

Monsun Timur Laut kebiasaannya berlaku pada awal November dan akan berterusan sehingga awal Mac..Monsun Timur Laut dicirikan oleh angin yang bertiup secara tetap dari arah timur laut di negara kita..Semasa tempoh tersebut, negeri-negeri yang telah Iris mentioned tadi, akan mengalami beberapa episod hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari..

Dalam kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh berlarutan selama tiga hingga lapan hari..Kesannnya, banjir mungkin akan berlaku di kawasan tersebut..But, don't worry guys, still got a few days of good weather within the episode of this heavy rain..Samada tiada hujan atau hujan yang turun adalah sedikit..Jadi, sempat la untuk sang matahari menyejat kembali segala jenis air yang ada di muka bumi ni..

p/s: bersahabat baiklah anda bersama sang payung..






 

Sunday, 18 November 2012

~18 november 19xx~

tarikh peristiwa: 18-11-1966
perasmian bangunan bank kerjasama oleh YAB Tun Abdul Razak

tarikh peristiwa: 18-11-1874
perisytiharan pentadbiran Inggeris di Selangor

p/s: untuk maklumat lanjut sila klik pada tarikh peristiwa

sumber: arkib negara


~move on~


"Even though you may want to move forward in your life, you may have one foot on the brakes. In order to be free, we must learn how to let go. Release the hurt. Release the fear. Refuse to entertain your old pain. The energy it takes to hang onto the past is holding you back from a new life. What is it you would let go of today?"
-Mary Manin Morrissey-

Sudah berbulan lamanya, tapi aku masih tersadai di sini..Bagai sudah dirantai erat, kaku tidak mampu bergerak..Saban hari, aku menangisi apa yang telah terjadi..Rasa kesal tak terbendung..Diri sendiri menjadi mangsa, seringkali aku salahkan..

Tatkala kewarasan minda mengatasi keegoan emosi..Aku sedar yang selama ini aku bersikap bodoh..Membiarkan emosi menguasai diri terlampau leka merungkai persoalan kenapa..Aku bukan insan lemah..Aku perlu bangkit membebaskan diri daripada belenggu ini..

Ya Allah..Berikan ketenangan kepada hambamu ini..Berikan diri ini ketabahan untuk menghadapi dugaan ini..Berikanku kekuatan untuk mencari jati diriku..

p/s: trying to move on





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...