~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~
Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Friday, 15 April 2016

tazkirah jumaat #6



''Apabila salah seorang kamu melihat mimpi yang disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kepada orang lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya daripada apa yang dibencinya, sesungguhnya ia daripada syaitan, maka beisti'azahlah, dan jangan mencaritakan kepada orang lain, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya...''
[Sahih Al-Bukhari dan Muslim]

''Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang muslim (yang sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan kepada syaitan dan mimpi daripada perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan daripada apa yang terjadi kepada dirinya). Maka apabila seseorang daripada kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat dan jangan dia ceritakan kepada orang lain...''
[Sahih Muslim]

''Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-mubassyiraat (perkara-perkara yang menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, jawab baginda: mimpi yang benar''
[Sahih Bukhari]



Friday, 8 April 2016

tazkirah jumaat #5



Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:
''Wahai Ali, sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah''


''Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan''
[Surah Al-Baqarah:168]

''Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya''
[Surah Al-Maidah:3]


Friday, 1 April 2016

tazkirah jumaat #4



Dari Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi Muhammad SAW, ''Berikan aku wasiat''. Baginda menjawab, ''Jangan engkau marah''. Lelaki itu mengulangi permintaannya berulang kali. Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda, ''Jangan engkau marah''.
[HR Bukhari]

Nabi Muhammad SAW bersabda, ''Jika seseorang yang marah mengucapkan 'Auudzu billah' (aku berlindung kepada Allah), nescaya akan reda kemarahannya.
[HR Ibu 'Adi]

Sabda baginda, ''Apabila seseorang kamu marah sedang dia berdiri, maka duduklah. Jika marahnya berhenti (maka baiklah). Jika belum, maka hendaklah dia berbaring''
[HR Ahmad & Abu Daud]

''Sesungguhnya syaitan itu daripada api. Dan sesungguhnya dipadamkan api itu dengan air. Maka appabila seseorang kamu mara, maka ambillah wudhuk''
[HR Abu Daud]

''Barangsiapa yang dapat menahan amarahnya, sementara ia dapat meluapkannya. Maka Allah akan memanggilnya di hadapan segenap makhluk. Setelah itu, Allah menyuruhnya memilih bidadari syurga, dan menikahkannya dengan sesiapa yang dikehendakinya''
[HR Ahmad]



Friday, 4 January 2013

tazkirah jumaat #3


SOLAT SUNAT RAWATIB

Amalan pertama yang akan dihisab pada Hari Kiamat adalah solat..Solat sunat rawatib merupakan solat yang mengiringi solat-solat fardhu samada sebelum atau selepas solat fardhu..

Allah mengarahkan malaikatnya sedangkan Dia Maha Mengetahui, 'Nilailah solat hambaKu, sempurna atau kurang'..Sekiranya solatnya sempurna maka ia direkodkan sebagai sempurna..Sekiranya ada kekurangan, Allah mengarahkan lagi, 'Adakah hambaKu mempunyai solat sunat? Sekiranya ada, sempurnakan solat fardhunya dengan sunatnya..'
(Riwayat Abu Daud, Al-Nassaie dan Ibnu Majah)

Dari Ibnu Umar berkata, 'Rasullullah S.A.W tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu
-2 rakaat seblum Zohor
-2 rakaat selepas Zohor
-2 rakaat selepas Maghrib
-2 rakaat selepas Isyak
-2 rakaat sebelum Subuh
(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

sumber: fb

Friday, 29 June 2012

~10 amalan terbalik masyarakat melayu~

Secara sedar atau tidak kebanyakan daripada amalan seharian kita adalah bertentangan daripada apa yang telah dianjurkan oleh Islam..Berikut merupakan 10 amalan yang telah mengalami transformasi daripada yang sepatutnya dilakukan..Marilah kita bermuhasabah diri dan menghitung kembali amalan seharian kita..

1. Amalan kenduri arwah selama beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati adalah terbalik daripada yang dianjurkan Rasulullah di mana Rasulullah telah menyarankan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati bagi meringankan kesedihan dan kesusahan mereka..Sudah la keluarga si mati tersebut ditimpa musihabah, terpaksa pula mereka menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil..

2. Apabila menghadiri kenduri kawin orang kerap salam berisi tetapi sebaliknya apabila menziarahi orang mati atau kenduri arwah tidak pula salam berisi..Sepatutnya kalau menziarahi keluarga si mati la kita patut memberi sedekah, sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka..

3.  Ketika menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pemimpin negara, kita berpakaian cantik, kemas dan segak..Sebaliknya apabila menghadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang sahaja bahkan ada yang tidak berbaju..

4. Apabila menjadi tetamu di rumah orang, kita berasa segan untuk menjamah makan yang dihidangkan, sedangkan apa yang dituntut adalah banyakkan makan dan habiskan makanan yang dihidang supaya tuan rumah berasa gembira dan tidak membazir..

5. Bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah sebaliknya..Sedangkan sebaik-baik solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan timbulnya rasa riak..

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan..Sebaliknya kita menjadikan bulan puasa sebagai pesta makanan..Kebanyakan orang mengaku carta perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun..

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah..Apabila pulang dari mengerjakan haji adalah sebaliknya..Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah apabila selamat pulang dari bermusafir..

8. Semua ibubapa amat bimbang sekiranya anak mereka gagal dalam peperiksaan bahkan mereka sanggup berhabisan bagi memastikan anak mereka lulus dengan cemerlang..Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu menghantar anak mereka mengaji atau ke kelas agama..

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja..Hujan atau ribut sanggup diredah..Tapi ke rumah Allah tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang masjid..

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias..Tapi kalau duduk di rumah, bedak sejuk bertempek-tempek..Sedangkan yang dituntut adalah seorang isteri itu berhias untuk suaminya..

p/s: sekadar nak berkongsi...

Friday, 22 June 2012

tazkirah jumaat #1

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan (21:35)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...