~AssALamUALAIkum...HeLL0...0hAIYo g0zAImASu....AnneYongHaseYo~
Showing posts with label relationship. Show all posts
Showing posts with label relationship. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

~jangan merajuk sayang part 2~

Pada entry yang lalu, Iris telah berkongsi dengan korang tentang tanda-tanda lelaki merajuk..Jadi untuk entry kali ini Iris nak berkongsi pula tentang cara-cara untuk memujuk lelaki yang merajuk..Pada kebiasaanya lelaki merajuk disebabkan berlakunya perselisihan paham di antara dia dan pasangannya..Situasi ini menyebabkan dia berasa tidak puas hati dan mengambil keputusan untuk membawa diri serta berdiam diri..


Terdapat 4 tips yang boleh digunakan untuk memujuk lelaki yang merajuk..Iris jumpa tips tersebut pada blog INI. Antaranya ialah:
  • Berikan si dia ruang untuk bersendirian
  • Sentiasa berikan dia sokongan
  • Jangan bertanyakan tentang perasaannya
  • Buat sesuatu yang boleh menggembirakan anda
Bagi Iris la kan too much gap between each other bakal merenggangkan lagi perhubungan..Bila pasangan anda dah ambil inisiatif untuk memujuk anda yang sedang merajuk tue, jangan la pula menggedik nak jual mahal la kononnya..Kecian la pada orang yang bersusah payah memujuk anda tue..Everybody is not perfect, so tak rugi pun kalau kita memaafkan orang yang dah wat salah pada kita..

Tuesday, 24 April 2012

~jangan merajuk sayang part 1~

Dah adat dalam perhubungan, baik pasangan yang sedang bercinta mahupun yang telah berumah tangga, sekejap ok sekejap tak ok..Sekejap bergaduh tak lama lepas tue berbaik semula..Dah elok berdamai tak lama lepas tue berperang balik..Benda yang sekecil zarah pun boleh jadi sebesar alam..huhu..Nak buat macam mana, kita lebih gemar mengikut kata hati daripada menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan sesuatu konflik..Kita lebih gemar merajuk daripada bertolak ansur untuk menzahirkan rasa protes terhadap perkara yang membuatkan kita berasa tidak puas hati...

Iris ni bukan la pakar sangat dalam bab-bab perhubungan ni..hehe..Sebelum Iris bersiap sedia untuk pergi bekerja tadi, sempat juga Iris berblog walking..Iris jumpa satu artikel tentang tanda-tanda lelaki merajuk pada blog yang Iris lawati tadi..Bukan perempuan ja tau merajuk, lelaki pun sama..Sebagaimana telah Iris katakan tadi merajuk merupakan tanda protes terhadap perkara yang membuatkan kita berasa tidak puas hati..Ada di antara tanda-tanda tersebut Iris pernah alami semasa Mr F merajuk dengan Iris..


Tanda-tanda lelaki merajuk:

  • Diam seribu bahasa
  • Buat tak tahu
  • Menolak untuk makan bersama
  • Masam muka
  • Baca surat khabar
  • Menonton televisyen hingga lewat malam
  • Keluar rumah tanpa beritahu
  • Matikan telefon bimbit
  • Hisap rokok
Untuk maklumat lanjut korang boleh layari website INI. Cara-cara untuk memujuk orang yang sedang merajuk akan Iris ceritakan dalam entry yang akan datang..tunggu....hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...